PRAKATA

      Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, garis panduan Kelab Setem dan Filateli (KESEF) ini berjaya diterbitkan. Garis panduan ini sangat penting kepada semua sekolah dan pendidik kerana ia merupakan rujukan utama kepada semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menubuh dan seterusnya menjalankan aktiviti bagi KESEF. Garis panduan pelaksanaan aktiviti KESEF ini juga diharap dapat melahirkan murid yang mengenali serta mencintai setem dan filateli. Seterusnya, dapat menyumbang kepada pembentukan modal insan yang berdaya saing di peringkat global. 

   Pelaksanaan aktiviti KESEF juga selari dengan objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 ke arah transformasi pendidikan yang dapat memenuhi aspek aspirasi sistem dan pengurusan murid demi menghasilkan pendidikan yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat menyediakan murid dan warga sekolah ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). 

      Pelaksanaan aktiviti KESEF dapat melahirkan murid yang kreatif dan berinovasi serta bersedia menghadapi cabaran; secara tidak langsung ia selari dengan dasar KPM dalam PPPM 2013-2025 untuk mencapai 6 aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional. 

   Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM, Pos Malaysia Berhad dan Panel Penggubal yang terdiri daripada guru-guru sekolah rendah dan menengah di bawah KPM serta kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan penerbitan garis panduan ini. Semoga komitmen dan kesungguhan ini dapat diteruskan serta menjadi satu sumbangan yang amat bermakna untuk negara. 

Sekian, terima kasih.

            tt
SAMSUDIN AHMAD
GURU BESAR,
SK LEMBAH BERINGIN

Ulasan

LAMAN RUJUKAN