PENGETAHUAN
Matlamat
Program pengetahuan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada murid mengenai setem yang merangkumi definisi, sejarah, ciri-ciri, jenis-jenis, fungsi, teknik penjagaan, penilaian dan akta berkaitan setem. Di samping itu murid juga diberikan pendedahan kepada fungsi dan kerjaya di PMB (PMB).
Objektif
i. Mengetahui sejarah setem Malaysia dan dunia, ciri-ciri setem, jenis-jenis setem, fungsi setem, definisi setem.
ii. Mengetahui definisi dan item filateli.
iii. Mengetahui cara penghasilan setem.
iv. Mengetahui fungsi dan kerjaya dalam PMB.
v. Mengetahui teknik memelihara dan memulihara setem, menilai setem dan cara penghasilan setem.
vi. Mengetahui pengeluaran setem dan akta setem Malaysia dan dunia.

INOVASI
Matlamat
Melahirkan murid-murid yang berinovatif dan kreatif agar dapat menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik dalam meningkatkan kualiti dan produktiviti.
Objektif
i. Menggunakan pengetahuan kefahaman dan kemahiran praktikal yang diperoleh semasa pembelajaran dan pengajaran.
ii. Memupuk budaya kreatif dan inovatif melalui kerja secara berpasukan dalam kalangan murid.
iii. Melatih murid berkeupayaan mengolah bahan tempatan atau sekeliling dalam penghasilan produk baru yang berkualiti dan berdaya saing.
iv. Berkomunikasi dengan berkesan dan menyampaikan maklumat, idea, masalah, penyelesaian secara jelas dan menyakinkan.
v. Penyediaan ke arah kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) kepada murid-murid dan warga sekolah.
Matlamat
Program keusahawanan ini bertujuan untuk memberi pendedahan nilai-nilai dan kemahiran keusahawanan yang merangkumi aspek kepimpinan inovasi, kreativiti, berdaya tahan, berdaya saing, berdikari, mengambil risiko terkira (calculated risk) dan kebolehan untuk mengenal pasti serta membuka peluang (opportunity, identification and creation).
Objektif
i. Menerapkan pendidikan keusahawanan Kelab Setem dan Filateli.
ii. Memberi pengalaman memimpin, mengurus dan membuat keputusan kepada ahli.
iii. Membimbing murid menghargai nilai setem dan filateli.
iv. Menambah dana kewangan Kelab Setem dan Filateli.
v. Mengamalkan sifat amanah, telus dan jujur dalam kalangan ahli.
Matlamat
Melahirkan murid-murid Malaysia yang celik akan kepentingan perpaduan kaum. Percampuran budaya yang tercetus hasil aktiviti Kelab Setem akan menjadi bonus ke arah perpaduan antara kaum, sekaligus melahirkan masyarakat yang harmoni di Malaysia.
Pengiktirafan Malaysia sebagai penanda aras dalam memacu hubungan rakyat yang mesra merupakan satu tanda penghargaan negara luar terhadap keistimewaan acuan kemajuan negara kita sendiri. Jelaslah, bahawa perpaduan kaum menjadikan imej negara kita menarik pada pandangan masyarakat dunia.
Objektif
i. Melahirkan murid yang celik akan perpaduan kaum
ii. Memupuk sikap dan potensi sedia ada serta mampu memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah di samping perpaduan yang erat antara kaum.
iii. Melahirkan perpaduan kaum bukan sahaja dalam negara malah perpaduan di peringkat antarabangsa
KEPIMPINAN
Matlamat
Membina ketrampilan murid-murid dalam menyampai dan berkongsi maklumat kepada pelbagai peringkat umur dalam pelbagai situasi melalui pengucapan awam.
Objektif
i. Memupuk kemahiran menyampaikan maklumat dalam kalangan murid-murid melalui kefahaman mereka mengenai setem dan filateli.
ii. Melatih murid untuk berani menyampaikan maklumat kepada kumpulan pendengar secara individu.
iii. Melatih murid untuk membiasakan diri dengan dinamik interaksi dalam kumpulan.
iv. Melatih murid untuk menyampaikan maklumat melalui pelbagai persembahan yang lebih kreatif dan berkesan.
v. Meingkatkan kemahiran menjawab soalan dengan berkesan.
salam...bole ceritakan sikit ttg pasport setem tu tak? sy kurang jelas cara pelaksanaanya...tq
BalasPadam